TESTIMONI SET HAMIL SHAKLEE (Bertenaga sepanjang hamil & mudah bersalin)

Sepanjang pengalaman Kekda mengambil SET KEHAMILAN SHAKLEE dari anak nombor 2 sampailah anak no5, sememangnya sangat-sangat membantu Kekda. Terutama sekali dari segi fizikal . Maklumlah, setiap kehamilan Kekda memang agak rapat, 2010 – 2011 – 2014 – 2015 – 2018 , memang memerlukan tenaga fizikal yang tinggi.

Alhamdulillah sepanjang mengandungkan semua anak-anak, Kekda tidak mengalami permasalahan biasa contohnya seperti mual, loya, sakit kepala, tak lalu makan. Sepanjang kehamilan Kekda juga Alhamdulillah tak pernah kekejangan kaki yang biasa dialami oleh ibu-ibu ketika hamil.

Kalau anda nak tahu, sebab kenapa kita selalu kena kekejangan kaki atau cramp atau lebih dikenali “simpul biawak” itu salah satu tanda Ibu mengalami kekurangan nutrisi KALSIUM. Penting untuk ibu hamil mengambil KALSIUM yang mencukupi untuk keperluan Ibu dan anak ketika hamil.

FULL SET KEHAMILAN SHAKLEE – Nutrisi Lengkap untuk Ibu & bayi di dalam kandungan.

Inilah SET KEHAMILAN SHAKLEE yang Kekda consume dari awal kehamilan sehinggalah bersalin dan menyusu baby. Jimatkan ? Penggunaan set ini bukan sahaja boleh diambil ketika hamil, malah selepas kehamilan semasa pantang dan menyusu juga boleh diambil. Cuma hanya perlu add on beberapa item didalam set ini.

Ramai yang masih tak tahu bahawa Vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi. Disebabkan ianya semulajadi dan bukan daripada sintetik, penyerapan setiap vitamin Shaklee ini sangatlah mudah dan tinggi dan ianya tiada kesan yang tidak baik kepada Ibu mahupun bayi untuk jangka masa yang panjang.

Penggunaan dan pengambilan vitamin Shaklee secara konsisten In shaa Allah dapat membantu untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan dan sekaligus memantapkan imuniti badan dengan memenuhi lompong-lompong keperluan nutrisi yang diperlukan oleh Ibu-Ibu yang sedang hamil. 

Kenangan semasa hamil anak ke5, Wan Maryam Kayyisa. Masa ni tak silap Kekda usia kandungan 7bulan. Berat pun masih lagi dalam paras normal. Alhamdulillah

Tahu tak ? Semasa Kekda mengandung untuk kesemua 5-5 anak, Alhamdulillah, berat masih lagi dalam paras BMI yang normal tau. Nurse pun puji berat masih ideal dengan kandungan semasa dan berat bayi didalam kandungan. SET KEHAMILAN SHAKLEE bukan sahaja bagus untuk memastikan segala nutrisi semasa kehamilan mencukupi, malah ianya juga dapat membantu ibu-ibu hamil mencapai berat yang ideal semasa kehamilan. So takdelah kita risau akan overweight semasa hamil kan ?

Berat badan yang melebihi paras yang normal boleh menyebabkan pelbagai risiko buat Ibu dan juga kandungan. Sebolehnya, peningkatan berat badan semasa hamil, haruslah dikawal. Selain dari itu, paras bacaan HB juga amat penting semasa kehamilan agar tidak berada dibawah bacaan 10. Bacaan HB pada paras yang normal adalah sekitar 10 dan keatas. Dalam SET KEHAMILAN SHAKLEE terdapat sumber MULTIVITAMIN & VITAMIN C yang membantu ibu-ibu untuk dapat paras HB yang normal.

FUNGSI SETIAP VITAMIN DIDALAM SET KEHAMILAN SHAKLEE :

Antara vitamin yang ada dalam set mengandung Shaklee ialah :

Vitalea (Multivitamin) : Sumber multivitamin dan mineral yang lengkap serta mengandungi zat besi. Kebaikan Vitalea ialah membantu ibu hamil dari masalah bacaan HB rendah yang boleh membawa kepada risiko penyakit Anemia (Darah Rendah) di kalangan ibu mengandung. Jika HB sentiasa rendah mungkin boleh menyebabkan komplikasi ketika melahirkan bayi. Ibu-ibu yang mudah letih serta rasa hendak pitam elok mengamalkan pengambilan Vitalea sebanyak dua biji sehari. 

B Complex (Asid Folik) : Membantu mencegah masalah kencing manis ketika hamil. Berperanan untuk menukarkan gula daripada makanan kepada tenaga. Juga mengandungi asid folik yang elok untuk perkembangan saraf bayi. Ibu-ibu hamil yang sentiasa tertekan dengan kerja rumah dan pejabat juga boleh ambil B Complex kerana ianya vitamin anti-stress.

Vitamin C : Membantu menguatkan sistem imun badan ibu semasa hamil. Ibu-ibu yang sedang hamil juga harus menjaga kesihatan serta mencegah diri daripada dijangkiti penyakit. Sekiranya ibu hamil jatuh sakit, susah untuk mendapatkan ubat-ubatan yang sesuai dengan keadaan ibu yang sedang hamil. Risau andai tersalah mengambil ubat, boleh menyebabkan effect merbahaya kepada ibu dan juga bayi didalam kandungan. Sebaiknya, pengambilan vitamin sumber semulajadi adalah yang terbaik buat kedua ibu dan bayi. Selain itu, ia juga membantu dalam pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi didalam kandungan. Vitamin C yang banyak juga menggalakkan pertumbuhan kolagen, membantu ibu hamil kekal cantik, mempunyai kulit yang bersih, sihat , tidak kusam dan sentiasa berseri.

Ostematrix (Kalsium) : Membantu mengatasi masalah sakit-sakit otot, pinggang serta sengal-sengal badan ketika hamil. Masalah buasir serta sembelit ketika hamil juga dapat diatasi dengan mengamalkan Ostematrix sebelum tidur. Ostematrix adalah bekalan kalsium dengan vitamin D yang membantu ibu-ibu untuk tidur lebih lena dan berkualiti sepanjang malam supaya kekal segar keesokan harinya. Selain itu, jika mengalami masalah tekanan darah tinggi atau rendah, Ostematrix dapat membantu untuk mencegah masalah ini berulang.

ESP (Protein) : Membantu meningkatkan pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi. Ianya juga membantu mengawal paras kolesterol ibu-ibu hamil. Paras G.I yang rendah sesuai diamalkn oleh ibu hamil yang mempunyai masalah diabetes atau GDM (Diabestes ketika Hamil) kerana memberikan rasa kenyang yang lebih lama serta membekalkan tenaga berpanjangan untuk ibu-ibu.

Omega Guard (DHA & EPA)  : Penting untuk perkembangan sel-sel otak bayi. Dengan mengamalkan Omega Guard setiap hari berat ibu semasa hamil dapat dikawal. Ibu-ibu yang mengalami peningkatan berat badan secara mendadak boleh mengambil Omega Guard bermula dari trimester kedua bagi membantu mengawal berat badan.

Wan Maryam Kayyisa fresh from oven. Lahir normal, dalam keadaan songsang, keluar kaki dahulu, tapi Alhamdulillah tiada koyakan dan baby seberat 3.68kg.

Dalam banyak-banyak pengalaman hamil dan bersalin, semasa anak ke4 dan ke5 adalah pengalaman paling mahal bagi Kekda. Wan Muhammad Siddiq dilahirkan secara cesarean section or Csection , manakala Wan Maryam Kayyisa pula lahir secara SVD with breech presentation. Sebab itu Kekda amat-amat bersyukur kerana melalui SET KEHAMILAN SHAKLEE inilah Kekda tidak mengalami sebarang komplikasi semasa hamil dan bersalinkan mereka berdua. Of course semua ini adalah izin Allah melalui Shaklee.

Untuk journey berpantang nanti kekda share di entry lain okay. So harini nak fokus kepada journey semasa hamil sahaja. Alhamdulillah jugak Kekda serasi dengan SET KEHAMILAN SHAKLEE ni which is rasa bersyukur sebab memang banyak membantu Kekda sepanjang tempoh kehamilan dengan nak handle anak-anak yang lain juga. Maklumlah mak anak ramai kan. Hehe

So begitulah serba ringkas pengalaman Kekda semasa hamil sebelum ini dan melalui SET KEHAMILAN SHAKLEE jugalah Kekda dapat maintain kesihatan Kekda selepas bersalin, semasa menyusu anak dan sehingga kini. Alhamdulillah melalui izin Allah SWT.

Bagi ibu-ibu diluar sana yang sedang mencari SET KEHAMILAN yang sesuai untuk andas semasa hamil, bolehla mencuba SET KEHAMILAN SHAKLEE ini. In shaa Allah khas untuk anda yang purchase melalui kekda, Kekda sendiri akan guide dan memberi panduan serta penggunaan yang betul bagi memastikan keperluan nutrisi semasa hamil mencukupi.

Dan untuk pengetahuan anda, untuk bulan ini april 2020, kita mempunyai harga istimewa untuk SET KEHAMILAN SHAKLEE, SET PANTANG SHAKLEE & SET MENYUSU SHAKLEE. Penjimatan sehingga RM250 bagi set-set tersebut.

Boleh terus whatsapp Kekda sekiranya anda ingin mendapatkan konsultasi atau apa-apa pertanyaan. In shaa Allah kekda cuba bantu melalui pengalaman Kekda menggunakan Shaklee sejak 7 tahun yang lalu.

Kekda,
Your Trusted Shaklee Consumer since 2013
012-8989545

2 thoughts on “TESTIMONI SET HAMIL SHAKLEE (Bertenaga sepanjang hamil & mudah bersalin)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s